Jumaat, 13 April 2012

Jering dan Petai

Petai
Petai dan jering walaupun berbau busuk, tapi mempunyai khasiat dan kebaikannya yang tersendiri. Ramai yang tidak tahu dan tidak makan kelebihan yang dimiliki petai ni termasuk la saya...bhahaha. 


Jering & petai sebenarnya ialah sejenis ulam yg biasa dimakan oleh masyarakat melayu secara mentah samada dicicah dgn sambal belacan atau dimakan begitu je dgn nasi.

Buah Jering

Berdasarkan kajian, buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8 peratus, 11 peratus karbohidrat, 71% air, banyak mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C.

Sebenarnya kandungan pemakanan biji petai berbeza mengikut umur dan kesegaran bijinya. Buah petai yang kecut ataupun bijinya tidak membulat mempunyai kandungan khasiatnya kurang. Dalam perubatan tradisional Melayu, biji petai dipercayai berkesan untuk merawat penyakit jantung dan penyakit kencing manis, mencuci buah pinggang, serta untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan.

Jering mengandungi sejenis sebatian alkaloid pelawas yang boleh memberi rangsangan untuk membuang air kecil. Selain itu juga jering boleh menjadi penawar yang berkesan pesakit kencing manis sekiranya diambil secara berterusan dengan kadar yang sedikit. Ini kerana kandungan sebatian alkaloid di dalamnya mampu meneutralkan kandungan gula di dalam badan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan