Khamis, 19 April 2012
Misai Kucing
Pokok misai kucing....
Misai kucing juga mempunyai khasiat yang sangat besar untuk sesetengah masalah peyakit. Kita selalu lihat orang tua-tua sebut dan minum herba misai kucing tapi kita tak tahu apa rahsia kebaikan yang ada di sebalik tumbuhan ini. Ini kerana kita yang masih muda ni belum ditimpa penyakit, nanti bila dah sakit baru la sibuknak ambil tahu...
Misai kucing ni adalah berdasarkan rupa bunganya bagaikan misai seekor kucing. Mungkin juga kerana pokok tersebut tumbuh secara menjalar di atas tanah dan tidak pula meninggi.Walau bagaimanapun pemberian nama panggilan tersebut oleh genarasi tua, bukanlah menggambarkan sekadar ’sembang-sembang di kedai kopi’.
Pokok misai kucing ini telah digunakan, secara tradisional untuk merawat:
- penyakit kencing manis
- batu karang
Nama saintifiknya adalah Orthosiphon Stamineus.
Cara menggunakan tumbuhan ini juga gak mudah hanya dengan:
- mengambil daun-daunnya yang segar dalam segenggam dan kemudian jemurkan sehingga kering.
- Bila sudah kering daun itu direbus dengan tiga gelas air mentah sehingga pekat atau tinggal lebi kurang segelas air mentah.
Khasiat di sebalik mas cotek
KHASIAT MADU
Fungsi Madu Dan Peranannya
1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.
| ||||
Jumaat, 13 April 2012
Petua menjaga kesihatan dengan tumbuhan semulajadi
Khasit daun lidah buaya
Lidah Buaya adalah sejenis tanaman yang biasa ditanam dan mudah tumbuh sama ada ditanam di dalam pasu ataupun di kawasan tanah lapang. Ramai yang menjadikan tumbuhan ini sebagai tanaman hiasan atau untuk tujuan perubatan. Sebagaimana yang diketahui ia memounyai banyak kegunaan terutamanya bagi tujuan perubatan.
Jika anda mempunyai bisul sapukan lendir Lidah Buaya bersama garam di sekeliling bisul untuk meredakannya. Begitu juga jika anda ingin menghilangkan parut luka. Selain itu Lidah buaya yang telah dijadikan jus iaitu Jus Aloe Vera juga bagus dan mampu mengawal tekanan darah tinggi, kencing manis, masalah jantung, luka dalam badan, buasir, sembelit, sakit sendi, ulser, masalah ginjal dan banyak lagi.
Jering dan Petai
Petai |
Jering & petai sebenarnya ialah sejenis ulam yg biasa dimakan oleh masyarakat melayu secara mentah samada dicicah dgn sambal belacan atau dimakan begitu je dgn nasi.
Buah Jering |
Berdasarkan kajian, buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8 peratus, 11 peratus karbohidrat, 71% air, banyak mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C.
Sebenarnya kandungan pemakanan biji petai berbeza mengikut umur dan kesegaran bijinya. Buah petai yang kecut ataupun bijinya tidak membulat mempunyai kandungan khasiatnya kurang. Dalam perubatan tradisional Melayu, biji petai dipercayai berkesan untuk merawat penyakit jantung dan penyakit kencing manis, mencuci buah pinggang, serta untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan.
Jering mengandungi sejenis sebatian alkaloid pelawas yang boleh memberi rangsangan untuk membuang air kecil. Selain itu juga jering boleh menjadi penawar yang berkesan pesakit kencing manis sekiranya diambil secara berterusan dengan kadar yang sedikit. Ini kerana kandungan sebatian alkaloid di dalamnya mampu meneutralkan kandungan gula di dalam badan.
Buah Peria baik untuk kesihatan
Pahit-pahit buah peria tetapi banyak khasiatnya. Memang
tidak dinafikan peria merupakan sayur yang paling pahit jika dimakan walau
dengan apa cara sekalipun. Sebenarnya buah ni ada khasiat
untuk dijadikan ubat.
Pokok peria mempunyai ketinggian sehingga 5 meter dan mempunyai akar tunjang serta akar sisi berserabut. Daunnya berselang seli, mempunyai bunga berwarna kuning dan dapat menghasilkan bunga jantan dan betina secara berasingan. Buahnya pula mempunyai kulit yang menggerutu dan berwarna hijau muda ketika mentah. Bila dah masak ia bertukar menjadi warna kekuningan dan jingga merah. Bijinya pula berwarna putih ketika mentah dan menjadi merah apabila sudah masak.
Kandungan pemakanan, galian dan mineral yang terdapat dalam peria terdiri daripada protin, lemak, serat, karbohidrat, kalsium, fosforus, zat besi, vitamin C dan B kompleks.
Pokok peria mempunyai ketinggian sehingga 5 meter dan mempunyai akar tunjang serta akar sisi berserabut. Daunnya berselang seli, mempunyai bunga berwarna kuning dan dapat menghasilkan bunga jantan dan betina secara berasingan. Buahnya pula mempunyai kulit yang menggerutu dan berwarna hijau muda ketika mentah. Bila dah masak ia bertukar menjadi warna kekuningan dan jingga merah. Bijinya pula berwarna putih ketika mentah dan menjadi merah apabila sudah masak.
Kandungan pemakanan, galian dan mineral yang terdapat dalam peria terdiri daripada protin, lemak, serat, karbohidrat, kalsium, fosforus, zat besi, vitamin C dan B kompleks.
Peria mempunyai kelebihan dari segi perubatan.Antara khasiat peria ialah:
1. Merawat Diabetis
peria dikatakan mempunyai hipoglisemik atau bahan seperti insulin yang dipercayai dapat merendahkan tahap gula dalam darah dan air kencing.
peria dikatakan mempunyai hipoglisemik atau bahan seperti insulin yang dipercayai dapat merendahkan tahap gula dalam darah dan air kencing.
2. Merawat Buasira.
Ambil daun pokok peria yang segar, basuh bersih dan dikisar untuk dijadikan jus.
Ambil daun pokok peria yang segar, basuh bersih dan dikisar untuk dijadikan jus.
3. Merawat masalah berkaitan dengan darah seperti kegatalan,
psoriasis, kudis, kurap dan penyakit kulit yang lain. Caranya dengan mengambil
secawan jus peria, dicampur dengan 1 sudu teh jus limau. Amalkan minum semasa
perut masih kosong setiap hari selama 4 hingga 6 bulan.
4. Merawat masalah berkaitan dengan pernafasan seperti asma,
bronkitis (radang saluran pernafasan), faringitis (radang tenggorok), selsema
dan rhinitis (alahan).
5. Merawat penyakit kolera(peringkat awal)dan Diarea
(cirit-birit)Kolera adalah penyakit menular di saluran pencernaan. Ketika
diperingkat awal ia masih dapat dipulihkan dan daun pokok peria merupakan ubat
efektif untuk masalah kolera dan lain-lain diarea.
6. Merawar AlkoholismeJus daun peria mempunyai antidot dan
juga dikatakan amat berkesan dalam merawat kemabukan akibat alkohol.
7. Masalah cacing
Jus daun peria juga dikatakan mampu diambil untuk mengeluarkan cacing dalam perut.
Jus daun peria juga dikatakan mampu diambil untuk mengeluarkan cacing dalam perut.
Langgan:
Catatan (Atom)