Sabtu, 12 Mei 2012

Mengamalkan hidup sihat

Salam...

Kali ni nak cerita pasal hidup sihat ye...
Kebelangan ni dalam surat kabar selalu ada article pasal obesiti, obesiti, obesiti...betul kan...kalau baca paper tahu la...tahu kan kat malaysia ni ramai sangat yang obesiti, seramai 16.8 juta rakyat malaysia gemuk..
Ini kerana gaya pemakanan yang tidak sihat di kalangan rakyat malaysia. pagi-pagi makan roti canai dengan tea tarik dah berapa banyak kalori, tengahari pulak makan nasi banyak-banyak, petang tea tarik dengan pisang goreng, pastu malam makan nasi...banyak kan kalori yang diambil. Ni tak kira makanan remeh-temeh lagi, keropok, kacang, ais dan macam-macam lagi la...banyak kan orang malaysia makan..cara ni tak betul!!!!



Ni la lemak dalam badan yang sangat bahaya...


Badan kita memerlukan tenaga sekadar untuk bekerja dan aktiviti fizikal je...yang lebih-lebih akan disimpan sebagai sebagai lemak...so ambil kira lah kuantiti kalori makanan yang korang makan ye...1 hari, 2 hari takpe lagi, kalau hari-hari macam mana..kalau dah sampai umur 50 tahun mula la rasa sakit2, pening2, tak larat semua tu..
Apa yang palin penting lemak dalam badan yang mengelilingi organ dalam...Lemah sangat bahaya, boleh menyebabkan strok, tekanan darah tinggi, diabetes, penyakit jantung dan kanser..takutkan..