Khamis, 19 April 2012

Khasiat di sebalik mas cotek






Sudah ramai yang tahu tumbuhan ma cotek ini. Banyak juga produk-produk yang ada di pasaran yan berasaskan tumbuhan ini. Tumbuhan ini selalunya lebih sinonim dengan wanita.


Mas cotek dikatakan merupakan pusaka asli wanita dalam warisan perubatan Melayu. Ia diamalkan bagi mengecutkan saluran peranakan dan merapatkan pintu rahim serta mengembalikan rahim pada kedudukan asal serta mengukuhkannya. 


Disamping itu, dipercayai rebusan daun mas cotek juga mampu memecah lemak serta membuang kolestrol berlebihan dalam saluran darah dan menghindari pengamal dari sakit kepala (migraine) dan angin ahmar.


Untuk perubatan pokok ini biasanya:
- Berkesan untuk menyembuh dan membetulkan kerosakan urat saraf dengan cara mengeringkan 2-3 helai daunnya (campuran antara pokok jantan dan betina) dan direbus dengan 3 cawan air hingga tinggal secawan. Minum airnya bila suam. 


- Digunakan untuk mengembalikan rahim kekedudukan asal dan mengecutkan rahim untuk perempuan baru lepas bersalin. 
- Mengubat paru-paru berair. Selain dari daun dan akarnya yang direbus, buahnya juga boleh dimakan (sebanyak 3-5 biji sehari) untuk menyihatkan badan
- Air rebusan akar dapat menyembuhkan penyakit paru-paru berair, sakit pinggang, mengurangkan keletihan, dan yang paling utama ialah ia mampu meningkatkan keinginan seks bagi pasangan suami isteri. Ia juga dipercayai dapat bertindak balas terhadap rangsangan hormon lelaki untuk meningkatkan daya ketegangan alat kelamin. Daun mas cotek boleh dipetik dan dikunyah semasa segar.


Ia juga boleh dikeringkan agar lebih tahan lama. Apabila diperlukan, rebus daun kering tadi dan minum airnya bagi memulihkan tenaga.
  1. Herba mas cotek dipercayai dapat menyembuhkan, membetulkan kerosakan urat saraf dan mengekalkan keayuan serta awet muda.


2. Herba mas cotek dipercayai dapat diminum sebagai tonik kaum wanita dan sering digunakan untuk mengembalikan rahim ke kedudukan asal serta mengecutkan rahim untuk perempuan baru lepas bersalin.


3. Herba mas cotek dapat dipercayai boleh merawat sakit paru-paru berair, kencing manis, buasir, darah tinggi, lemah jantung, cirit-birit dan meningkatkan keinginan seks lelaki dan wanita.


4. Herba mas cotek dipercayai dapat membantu mengatasi masalah-masalah berkaitan kaum wanita seperti keputihan dan membantu menambah tenaga.


Antaranya penyakit yang dapat dibantu:

    

    Mengeluarkan toksin dalam badan2.        Melancarkan perjalanan darah3.        Sakit urat saraf4.        Gout5.        Kencing manis6.        Darah tinggi7.        Membuang kolestrol dan lemak8.        Buasir

9.        Migraine /sakit kepala10.    Paru-paru berair11.    Pemulih tenaga batin12.    Sakit puan13.    Senggugut14.    Sakit pinggang15.    Keletihan16.    Masalah tidur17.    Rangsangan hormon lelaki18.    Mengecutkan rahim peranakan19.    Merapatkan pintu rahim20.    Sakit lutut21.    Mencantikkan dan melicinkan kulit22.   Demam/ Selesema   




1 ulasan:

  1. Netent Enligne - nier titanium alloy
    NETENT ENligne apple watch titanium vs aluminum - titanium drill bit set nier titanium alloy | Netent Enligne. raw titanium Netent Enligne - Netent Enligne. Netent Enligne - titanium dioxide skincare Netent titanium vs stainless steel Enligne. Netent Enligne - Netent Enligne.

    BalasPadam