Khamis, 19 April 2012

Senduduk Putih







Pokok senduduk putih
Mesti ramai yang tak tahu kelebihan khasiat yang ada pada tubuhan ni. Tumbuhan semula jadi mempunyai khasiat yang sangat baik untuk tubuh badan manusia berbanding ubat hospital.


Senduduk putih merupakan tumbuhan renek yang berketinggian sekitar 1 hingga 1. 5 meter. Terdapat juga yang mencapai ketinggian hingga 8 meter jika tumbuh dikawasan bertanah tinggi seperti Cameron Highland. Daunnya pula berbentuk ringkas dengan permukaan daun yang agak kesat dan mempunyai bulu halus yang keras dan mempunyai lebar sekira 2 hingga 5 cm dan mempunyai panjang sekitar 5-7 cm. Berbanding dengan spesis berwarna ungu jenis berbunga putih ini agak sukar dijumpai walaupun tumbuh liar disesetengah tempat.Ia mudah membiak jika menggunakan biji benih berbanding dengan keratan batang. Biji benihnya yang tua memerlukan penjagaan rapi kerana mudah terdedah kepada sejenis kulat yang merosakkannya.



Buah senduduk
Senduduk putih ni merupakan tumbuhan yang mempunyai nilai perubatan yang tinggi.Bunga senduduk putih dikatakan mempunyai khasiat mengubati batuk yang lama. Ia juga dapat mengubati kanak-kanak yang mempunyai masalah pertuturan (lambat boleh bercakap). Daunnya yang tua ditumbuk bersama kunyit hidup dan dicampur dengan air digunakan untuk merawat masalah cirit birit dan berak berdarah.untuk mengubati penyakit keputihan yang biasa dialami oleh wanita, dua ranting senduduk putih direbus bersama sedikit gula batu, halia dan daun bonglai untuk diminum airnya.


Sesiapa yang mengalami masalah-masalah ni bolehlah cuba mengamalkan tumbuhan ni....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan