Jumaat, 13 April 2012

Buah Peria baik untuk kesihatan



Pahit-pahit buah peria tetapi banyak khasiatnya. Memang tidak dinafikan peria merupakan sayur yang paling pahit jika dimakan walau dengan apa cara sekalipun. Sebenarnya buah ni ada   khasiat untuk dijadikan ubat. 


Pokok peria mempunyai ketinggian sehingga 5 meter dan mempunyai akar tunjang serta akar sisi berserabut. Daunnya berselang seli, mempunyai bunga berwarna kuning dan dapat menghasilkan bunga jantan dan betina secara berasingan. Buahnya pula mempunyai kulit yang menggerutu dan berwarna hijau muda ketika mentah. Bila dah masak ia bertukar menjadi warna kekuningan dan jingga merah. Bijinya pula berwarna putih ketika mentah dan menjadi merah apabila sudah masak.


Kandungan pemakanan, galian dan mineral yang terdapat dalam peria terdiri daripada protin, lemak, serat, karbohidrat, kalsium, fosforus, zat besi, vitamin C dan B kompleks.

Peria mempunyai kelebihan dari segi perubatan.Antara khasiat peria ialah:

1. Merawat Diabetis 
peria dikatakan mempunyai hipoglisemik atau bahan seperti insulin yang dipercayai dapat merendahkan tahap gula dalam darah dan air kencing. 

2. Merawat Buasira.
Ambil daun pokok peria yang segar, basuh bersih dan dikisar untuk dijadikan jus. 

3. Merawat masalah berkaitan dengan darah seperti kegatalan, psoriasis, kudis, kurap dan penyakit kulit yang lain. Caranya dengan mengambil secawan jus peria, dicampur dengan 1 sudu teh jus limau. Amalkan minum semasa perut masih kosong setiap hari selama 4 hingga 6 bulan.

4. Merawat masalah berkaitan dengan pernafasan seperti asma, bronkitis (radang saluran pernafasan), faringitis (radang tenggorok), selsema dan rhinitis (alahan).

5. Merawat penyakit kolera(peringkat awal)dan Diarea (cirit-birit)Kolera adalah penyakit menular di saluran pencernaan. Ketika diperingkat awal ia masih dapat dipulihkan dan daun pokok peria merupakan ubat efektif untuk masalah kolera dan lain-lain diarea. 

6. Merawar AlkoholismeJus daun peria mempunyai antidot dan juga dikatakan amat berkesan dalam merawat kemabukan akibat alkohol.

7. Masalah cacing 
Jus daun peria juga dikatakan mampu diambil untuk mengeluarkan cacing dalam perut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan