Jumaat, 13 April 2012

Khasit daun lidah buaya




Lidah Buaya adalah sejenis tanaman yang biasa ditanam dan mudah tumbuh sama ada ditanam di dalam pasu ataupun di kawasan tanah lapang. Ramai yang menjadikan tumbuhan ini sebagai tanaman hiasan atau untuk tujuan perubatan. Sebagaimana yang diketahui ia memounyai banyak kegunaan terutamanya bagi tujuan perubatan.




Jika anda mempunyai bisul sapukan lendir Lidah Buaya bersama garam di sekeliling bisul untuk meredakannya. Begitu juga jika anda ingin menghilangkan parut luka. Selain itu Lidah buaya yang telah dijadikan jus iaitu Jus Aloe Vera juga bagus dan mampu mengawal tekanan darah tinggi, kencing manis, masalah jantung, luka dalam badan, buasir, sembelit, sakit sendi, ulser, masalah ginjal dan banyak lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan