Jumaat, 13 April 2012

Petua menjaga kesihatan dengan tumbuhan semulajadi



Menurunkan Darah Tinggi


  • Minumlah air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita.
  • Minumlah air rebusan daun Pokok Ati-ati.
  • Makanlah biji buah Peria.
  • Makanlah pucuk Pokok Pala sebagai ulam.
  • Minumlah air rebusan Pokok Dukung Anak.
  • Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama nisbahnya.
  • Rebus daun pandan wangi secukupnya dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Minum setiap pagi dan petang.
  • Makanlah 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah direbus.
  • Parutkan kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.




Juga Untuk Menurunkan Darah Tinggi 
daun kucai
  • Ambil segenggam daun kucai, basuh bersih selepas itu masukkan kedalam mesin bersama dengan sedikit gula batu yang telah dihancurkan. Mesin sehingga lumat atau hancur ( jangan campur dengan air ) bagi mendapatkan patinya sahaja. Masukkan kedalam bekas mangkuk atau cawan, selepas itu embunkan sehingga pagi.Bila bangun pagi sebelum minum atau makan hendaklah diminum air pati daun kucai serta dengan selawat 3 kali. Amalkan selama tiga hari, selepas itu jumpalah doktor untuk buat pengesahan. Insyaalah darah tinggi akan jadi normal.


Menghilangkan Kencing Manis 

  • Hari ini ramai dikalangan kita menghadapi masalah kencing manis tidak kira tua atau muda, lebih-lebih lagi dengan pemakanan kita pada hari ini yang semuanya manis-manis belaka. Jadi petua yang saya dapat ini agar dapat kita kongsi bersama-sama. Caranya mudah sahaja, iaitu dapatkan ubi kentang biasa rebus ( tanpa garam atau bakar menggunakan ( Oven ) apabila dah kira cukup masak hidangkan untuk dimakan ( sebelum tidur atau makan sebelah malam ataupun sebelah pagi ). Rahsianya tentang ubi kentang ialah ianya bersifat menyerap segala yang manis dan masin berlebihan yang ada didalam badan. Contohnya apabila masakan seperti kari anda terlalu masin, lalu ubi kentang dimasukkan kedalam kari tadi dan hasilnya segala masin kari akan diserap oleh ubi kentang tersebut, Dan kalau boleh petua ini amalkan selama dua atau tiga minggu anda akan dapat perbezaan sekirannya anda menghadapi penyakit kencing manis dan orang yang sihat pun boleh mencuba sebagai pencegahan awal. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan